PPG , UPSI

NOR AZIZAH BINTI ABD.HAMID ( PPG.PJJ . UPSI )
D20102042367
EL-B14
PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BINTI SHARIFF

Friday 25 November 2011

MASALAH BACAAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN



A) MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

1) BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.


2) PERINGKAT SUKU KATA

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

3) KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.

4) KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.

B) STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

- Mengenal pasti kanak-kanak.
- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian

CARA BUAT DOH


Membuat Doh


Bahan-bahan:

2 cawan tepung
1 cawan garam
4 sudu makan ‘cream of tartar’
2 cawan air panas
2 atau 3 sudu makan minyak masak
Pewarna makanan
Cara penyediaan:

1.         Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam   
           air panas. Kacau hingga garam itu larut.
2.         Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang
           berisi tepung. Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut.
3.         Simpan di dalam bekas bertutup.Doh ini boleh digunakan berulang kali,
           sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.

* Apa yang penting dengan membuat sendiri doh, boleh menjimatkan kos dan tentunya tiada bahan kimia serta selamat digunakan.

Thursday 3 November 2011

Kelas Minda Ceria

Salam perkenalan .

      Salam perkenalan buat semua .Terima kasih saya ucapkan di atas  kunjungan anda ke blog Minda Ceria 3M. Idea untuk membina blog Minda Ceria ini tercetus hasil daripada pengalaman saya mengajar di Program Pemulihan Khas . Sepanjang 11 tahun saya mengajar pelbagai pengalaman telah saya tempuhi ada yang manis dan sebaliknya  . Segala pengalaman tersebut akan saya kongsikan bersama-sama teman semua melalui  blog ini . Di samping itu saya juga berharap ,blog ini akan menjadi wadah untuk kita semua bertukar-tukar pendapat , idea  yang  membina demi perkembangan pelajaran  anak murid kita .