Mari rakan-rakan kita pelajari . kemahiran mengenal huruf diftong .
Huruf -huruf diftong ada tiga iaitu :-
ai au oi
Mari baca :-
Minda Ceria
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
PPG , UPSI
NOR AZIZAH BINTI ABD.HAMID ( PPG.PJJ . UPSI )
D20102042367
EL-B14
PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BINTI SHARIFF
D20102042367
EL-B14
PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BINTI SHARIFF
Sunday, 11 December 2011
Perkataan KVKVKV
Pengenalan .
Perkataan KVKVKV ialah gabungan huruf konsonan + vokal .iaitu KV+KV+KV. sebelum menguasai kemahiran KVKVKV ini murid mestilah telah mengenal huruf vokal dan konsonan serta boleh menyebut bunyi huruf vokal dengan betul .
Huruf Vokal ialah a ,e,i,o,u
Contoh Perkataan KVKV ialah .
ma ta ba ca to pi su su ce ri
bu ku ja la bo la pe ti mi lo
Latihan .
Baca petikan di bawah ini .
Ini mama .
Ini mama Sara .
Mama Sara bawa raga .
Raga mama ada lada .
BENGKEL BINA BAHAN
Panitia Pemulihan Khas telah menganjurkan bengkel bina bahan bersama ibubapa dan penjaga murid pemulihan Khas .
Tujuan program ini diadakan :-
- Mendedahkan ibubapa kepada bahan bantu yang mereka boleh buat sendiri .
- Menanamkan minat kepada ibubapa untuk membantu anak mereka semasa berada bersama-sama keluarga . menguasai 3M .
- Ibubapa memahami apakah Program Pemulihan Khas
Ibu bapa sedang membina bahan bantu dengan bimbingan guru pemulihan .
Guru Besar turut memberi taklimat berkaitan masalah pembelajaran .
Hasilan bengkel .
Tujuan program ini diadakan :-
- Mendedahkan ibubapa kepada bahan bantu yang mereka boleh buat sendiri .
- Menanamkan minat kepada ibubapa untuk membantu anak mereka semasa berada bersama-sama keluarga . menguasai 3M .
- Ibubapa memahami apakah Program Pemulihan Khas
Ibu bapa sedang membina bahan bantu dengan bimbingan guru pemulihan .
Guru Besar turut memberi taklimat berkaitan masalah pembelajaran .
Hasilan bengkel .
Wednesday, 7 December 2011
Friday, 2 December 2011
MASALAH PENDENGARAN
MASALAH PENDENGARAN .
PENGENALAN
Pertumbuhan dan perkembangan yang tidak senormal kanak-kanak biasa kerana kecacatan yang dialami. Ketidakupayaan berbahasa merupakan antara faktor penyebab yang mana ini memberi kesan kepada konsep kendiri, daya ingatan dan keupayaan memahami sesuatu.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Kurang memberi perhatian dalam bilik darjah.
Tidak memahami arahan.
Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan.
Seringkali bertanyakan rakan-rakan mengenai arahan, tugasan yang diberi.
Selalu berkhayal.
Lemah dalam pencapaian akademik (Bahasa)
Cara percakapan yang janggal
Muka sering memandang ke arah penutur.
DEFINISI
Pekak (deaf)
Kanak-kanak dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar.
(Paul & Quigley, 1990. William L. Heward, 1996)
MENGESAN KECACATAN
SECARA SUBJEKTIF | SECARA OBJEKTIF |
1.Saringan Pendengaran a) Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan audiologi. | 1.Ujian Tingkahlaku a)Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi 2.Ujian pertuturan a)Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas 3.Pemerhatian a)< memberi pemerhatian – tahap kepekakan. b)Tidak memahami arahan. c)< melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan. d)Seringkali bertanya pada rakan-rakan e)Selalu berkhayal. f)Lemah dalam akademik (Bahasa) g)Cara percakapan yang janggal. h)Sering memandang ke arah penutur |
PROSEDUR PENILAIAN
- Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latar belakang klien
- Menjalankan pemeriksaan telinga luar
- Menjalankan ujian telinga tengah
- Menjalankan ujian-ujian pendengaran
- Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran
Cara Memanggil Orang Pekak
Orang Pekak mempunyai nama
- Nama mereka berbentuk isyarat
1.1Nama isyarat bergantung kepada
a. Sifat
b. Nama
c. Gabungan sifat dan nama
2. Memanggil nama seorang itu ikut tahap pendengarannya
3. Orang Pekak biasa mencuit untuk memanggil atau menarik tumpuan individu.
ELAKKAN !!!
- Memanggil dengan nama orang pekak cara yang negatif
- Tepuk tangan
- Hentak kaki
- Baling objek
TINGKAHLAKU
Pengurusan tingkah laku adalah satu aspek penting
- Menangani masalah tingkah laku murid
- Kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran
3. Kesan ke atas emosi guru.
JENIS-JENIS TINGKAH LAKU NEGATIF
- Penumpuan perhatian yang singkat.
- Memencilkan atau menarik diri dari aktiviti kelas.
- Terlampau bergantung kepada seseorang.
- Tidak mesra dengan guru.
- Gopoh atau tidak sabar.
- Motivasi kendiri yang rendah.
- Agresif, melanggar perintah dan sentiasa mempunyai perasaan yang negatif.
- Memberikan jawapan sesuka hati.
- Kurang kemahiran mengawal emosi.
- Kelakuan hyperaktif / resah.
- Kurang kepercayaan terhadap kebolehan kendiri.
MASALAH DAN CARA MENGATASI
- Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur.
Mereka patut diajar cara-cara:
- Menyampaikan buah fikiran
- Menyatakan keperluan
- Melepaskan perasaan
- Kanak-kanak yang hanya dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat.
Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi
dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat.
- Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik.
Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan.
- Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama.
Cari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk
mendengar.
Guru boleh:
bercakap
guna tangan
mimik muka
gerak badan
menulis
latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka
Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang guru sedang bercakap dengannya.
Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan.
Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas terutama bibir.
Oleh itu jangan:
- Menutup mulut semasa bercakap
- Berpaling muka sebelum habis bercakap
- Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau / putih
Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya.
Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak.
Selepas guru bercakap, beri peluang kanak-kanak berfikir dahulu kemudian guru menyambung bercakap.
PENDAFTARAN
Biodata, maklumat dan tahap kecacatan kanak-kanak didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Khas)
PENEMPATAN
Unit Pendidikan Khas (Jabatan Pendidikan Negeri) akan menempatkan kanak-kanak ini di sekolah biasa, kelas percantuman (integrasi) atau di sekolah-sekolah khas bermasalah pendengaran
SENARAI KEMAHIRAN P&P
Murid pendidikan khas masalah pendengaran mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK). Murid Tahun Pengukuhan mengikuti KSSR yang digubal khusus sebagai persediaan ke Tahun 1. bermula Tahun 1, murid mengikuti KSSR dengan pengubahsuaian bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2011 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Pendidikan Khas Tahap Satu Mulai 2011
KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jlld.4(8) bertarikh 5 Mei 2011
MASALAH PEMBELAJARAN (PENDIDIKAN KHAS )
MASALAH PEMBELAJARAN .
APAKAH BERMASALAH PEMBELAJARAN ?
Murid-murid yang mempunyai masalah yang nyata dalam penggunaan deria mendengar, bertutur, membaca, menulis, mengira, dan menaakul.
Murid ini biasanya mengalami masalah dalaman berpunca dari sistem saraf pusat.
CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN .
1. Normal tetapi prestasi pembelajaran di tahap rendah.
2. Perkembangan kognitif terhad.
3. Kurang beri perhatian dan tumpuan terhadap pelajaran.
4. Koordinasi motor yang lemah.
5. Kesulitan dalam pertuturan, bacaan, tulisan dan mengira.
6. Masalah persepsi yang betul.
7. Tingkahlaku sosial tidak sesuai.
KATEGORI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN .
Lambat belajar (Slow Learner)
1) Lambat menerima pelajaran berbanding murid biasa.
2) Ingatan lemah
3) Lambat memberi tindakbalas
4) Kurang tumpuan
5) Kegagalan berinteraksi
Autisma
- Sering bersendiri dan mudah menangis atau ketawa secara tiba-tiba.
- Boleh bertutur tetapi menggunakan perkataan yang berulang-ulang atau gagap.
- Tidak merasai kesakitan dan tidak mengendahkan bahaya.
- Tidak pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
- Suka melakukan perkara yang merbahaya dan luarbiasa.
- Tiada perhubungan mata semasa berinteraksi dan kadangkala tidak mengendahkan sesiapa yang bercakap dengannya (seolah-olah pekak).
- Fizikal yang sukar dikawal
- Sukar menerima pelajaran.
- Suka mencederakan diri sendiri
- Gemar menghisap jari dan menggigit kuku.
G
Sindrom Down
- Tubuh yang pendek.
- Kepala bersaiz kecil.
- Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
- Lidah terjelir .
- Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
- Pertumbuhan yang lambat
- Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
4.
5. Hiperaktif
1. 1. Mereka lebih agresif dan gemar melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan.
- Bertindak lebih agresif terhadap rangsangan seperti cahaya,bunyi dan warna.
- Mempunyai waktu tidur yang tidak teratur.
- Suka menangis atau ketawa tanpa sebab. 5. Tidak dapat memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.6. Dapat bertindak secara mengejut tanpa dijangka.7. Mudah meradang atau mengamuk.8. Tidak dapat menyesuaikan diri atau berinteraksi dengan orang lain atau rakan sebaya dengan baik.
1. 1. Kurang tumpuan
- Cepat lupa
- Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.
- Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.
- Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas .
Cara Mengenalpasti Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran .
1) Pencalonan daripada guru kelas / guru mata pelajaran / ibu bapa.
2) Ujian saringan
3) Pengesahan doktor
4) Ujian diagnostik
5) Pengesahan penempatan
Masalah dan cara mengatasi
Kategori | masalah | Cara mengatasi |
Slow learner | 1)Cepat Lupa 2) Tidak mengenal suku kata kv 3) Tidak boleh menyelesaikan operasi tambah melibatkan 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula | -Latih tubi hafalan dan ingatan dengan menggunakan pendekatan individu/kumpulan -Teknik,Strategi dan BBM yang berbeza-beza. - Latih tubi menyebut suku kata kv - Latih tubi secara konsisten |
Autisme | 1)Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain. 2)Suka Bersendirian 3)Gemar menghisap jari. | - Mengajar secara bersemuka. ( Face to Face) -Galakkan murid melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan. -Latih tubi memegang pensel dan melakukan aktiviti yang digemari. |
Down Sindrom | 1)Mengganggu rakan 2)Tiada tumpuan 3)Malas belajar | a)Menempatkan murid di barisan hadapan, berhampiran dengan guru. b) Memberi nasihat tentang kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan yang dilakukan. -Rangsangkan aktiviti yang menarik seperti video nyanyian lagu kanak-kanak. -Berikan aktiviti yang mampu merangsang minat murid seperti belajar muzik. |
Hiperaktif | 1)Tiada tumpuan kepada P&P. 2)Suka marah tanpa sebab. 3)Suka merayau-rayau. | -Rancangkan P&P yang boleh menarik minat murid contohnya menggunakan BBM yang dikenalpasti menjadi kesukaan murid. - Wujudkan suasana kasih sayang melalui aktiviti P&P contohnya lakonan dan nyanyian. - Memberikan aktiviti yang menimbulkan minat seperti aktiviti mencantumkan gambar atau perkataan. (word puzzle) |
ADHD | 1)Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja tugasan yang diberi 2)Tumpuan singkat. 3)Cepat lupa | - Memberi ganjaran dan dendaan - Melaksanakan aktiviti P&P secara bersemuka ( Face to face) - Latih tubi melibatkan aktiviti seperti tekaan. |
Pendekatan, teknik dan kaedah P&P kepada murid bermasalah pembelajaran
Masalah | Pendekatan | Teknik | Kaedah |
Lambat belajar (Slow Learner) | Individu | Latih tubi | Nyanyian / Bercerita |
Autisme | Individu | Terapi Pertuturan | Bercerita mengikut fantasi |
Down Sindrom | Individu | Bersoal Jawab | Nyanyian |
Hiperaktif | Individu | Penyelesaian masalah | Bermain |
Tumpuan /perhatian singkat (ADHD) | Berpusat | Arahan Berpandu | Menggunakan ICT |
Subscribe to:
Posts (Atom)