MASALAH PEMBELAJARAN .
APAKAH BERMASALAH PEMBELAJARAN ?
Murid-murid yang mempunyai masalah yang nyata dalam penggunaan deria mendengar, bertutur, membaca, menulis, mengira, dan menaakul.
Murid ini biasanya mengalami masalah dalaman berpunca dari sistem saraf pusat.
CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN .
1. Normal tetapi prestasi pembelajaran di tahap rendah.
2. Perkembangan kognitif terhad.
3. Kurang beri perhatian dan tumpuan terhadap pelajaran.
4. Koordinasi motor yang lemah.
5. Kesulitan dalam pertuturan, bacaan, tulisan dan mengira.
6. Masalah persepsi yang betul.
7. Tingkahlaku sosial tidak sesuai.
KATEGORI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN .
Lambat belajar (Slow Learner)
1) Lambat menerima pelajaran berbanding murid biasa.
2) Ingatan lemah
3) Lambat memberi tindakbalas
4) Kurang tumpuan
5) Kegagalan berinteraksi
Autisma
- Sering bersendiri dan mudah menangis atau ketawa secara tiba-tiba.
- Boleh bertutur tetapi menggunakan perkataan yang berulang-ulang atau gagap.
- Tidak merasai kesakitan dan tidak mengendahkan bahaya.
- Tidak pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
- Suka melakukan perkara yang merbahaya dan luarbiasa.
- Tiada perhubungan mata semasa berinteraksi dan kadangkala tidak mengendahkan sesiapa yang bercakap dengannya (seolah-olah pekak).
- Fizikal yang sukar dikawal
- Sukar menerima pelajaran.
- Suka mencederakan diri sendiri
- Gemar menghisap jari dan menggigit kuku.
G
Sindrom Down
- Tubuh yang pendek.
- Kepala bersaiz kecil.
- Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
- Lidah terjelir .
- Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
- Pertumbuhan yang lambat
- Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
4.
5. Hiperaktif
1. 1. Mereka lebih agresif dan gemar melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan.
- Bertindak lebih agresif terhadap rangsangan seperti cahaya,bunyi dan warna.
- Mempunyai waktu tidur yang tidak teratur.
- Suka menangis atau ketawa tanpa sebab. 5. Tidak dapat memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.6. Dapat bertindak secara mengejut tanpa dijangka.7. Mudah meradang atau mengamuk.8. Tidak dapat menyesuaikan diri atau berinteraksi dengan orang lain atau rakan sebaya dengan baik.
1. 1. Kurang tumpuan
- Cepat lupa
- Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.
- Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.
- Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas .
Cara Mengenalpasti Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran .
1) Pencalonan daripada guru kelas / guru mata pelajaran / ibu bapa.
2) Ujian saringan
3) Pengesahan doktor
4) Ujian diagnostik
5) Pengesahan penempatan
Masalah dan cara mengatasi
Kategori | masalah | Cara mengatasi |
Slow learner | 1)Cepat Lupa 2) Tidak mengenal suku kata kv 3) Tidak boleh menyelesaikan operasi tambah melibatkan 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula | -Latih tubi hafalan dan ingatan dengan menggunakan pendekatan individu/kumpulan -Teknik,Strategi dan BBM yang berbeza-beza. - Latih tubi menyebut suku kata kv - Latih tubi secara konsisten |
Autisme | 1)Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain. 2)Suka Bersendirian 3)Gemar menghisap jari. | - Mengajar secara bersemuka. ( Face to Face) -Galakkan murid melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan. -Latih tubi memegang pensel dan melakukan aktiviti yang digemari. |
Down Sindrom | 1)Mengganggu rakan 2)Tiada tumpuan 3)Malas belajar | a)Menempatkan murid di barisan hadapan, berhampiran dengan guru. b) Memberi nasihat tentang kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan yang dilakukan. -Rangsangkan aktiviti yang menarik seperti video nyanyian lagu kanak-kanak. -Berikan aktiviti yang mampu merangsang minat murid seperti belajar muzik. |
Hiperaktif | 1)Tiada tumpuan kepada P&P. 2)Suka marah tanpa sebab. 3)Suka merayau-rayau. | -Rancangkan P&P yang boleh menarik minat murid contohnya menggunakan BBM yang dikenalpasti menjadi kesukaan murid. - Wujudkan suasana kasih sayang melalui aktiviti P&P contohnya lakonan dan nyanyian. - Memberikan aktiviti yang menimbulkan minat seperti aktiviti mencantumkan gambar atau perkataan. (word puzzle) |
ADHD | 1)Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja tugasan yang diberi 2)Tumpuan singkat. 3)Cepat lupa | - Memberi ganjaran dan dendaan - Melaksanakan aktiviti P&P secara bersemuka ( Face to face) - Latih tubi melibatkan aktiviti seperti tekaan. |
Pendekatan, teknik dan kaedah P&P kepada murid bermasalah pembelajaran
Masalah | Pendekatan | Teknik | Kaedah |
Lambat belajar (Slow Learner) | Individu | Latih tubi | Nyanyian / Bercerita |
Autisme | Individu | Terapi Pertuturan | Bercerita mengikut fantasi |
Down Sindrom | Individu | Bersoal Jawab | Nyanyian |
Hiperaktif | Individu | Penyelesaian masalah | Bermain |
Tumpuan /perhatian singkat (ADHD) | Berpusat | Arahan Berpandu | Menggunakan ICT |
No comments:
Post a Comment