PPG , UPSI

NOR AZIZAH BINTI ABD.HAMID ( PPG.PJJ . UPSI )
D20102042367
EL-B14
PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BINTI SHARIFF

Friday 2 December 2011

MASALAH PEMBELAJARAN (PENDIDIKAN KHAS )

 MASALAH PEMBELAJARAN .

APAKAH BERMASALAH PEMBELAJARAN ?
Murid-murid yang mempunyai masalah yang nyata dalam penggunaan deria mendengar, bertutur, membaca, menulis, mengira, dan menaakul.
Murid ini biasanya mengalami masalah dalaman berpunca dari sistem saraf pusat.

CIRI-CIRI  MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN .
1.            Normal tetapi prestasi   pembelajaran di tahap rendah.
2.            Perkembangan kognitif terhad.
3.            Kurang beri perhatian    dan    tumpuan terhadap pelajaran.
4.            Koordinasi motor yang lemah.
5.            Kesulitan dalam pertuturan, bacaan, tulisan dan mengira.
6.            Masalah persepsi yang betul.
7.            Tingkahlaku sosial tidak sesuai.

KATEGORI  MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN .

Lambat belajar (Slow Learner)
1)      Lambat menerima pelajaran berbanding murid biasa.
2)      Ingatan lemah
3)      Lambat memberi tindakbalas
4)      Kurang tumpuan
5)      Kegagalan berinteraksi

Autisma
  1. Sering bersendiri dan mudah menangis atau ketawa secara tiba-tiba.
  2. Boleh bertutur tetapi menggunakan perkataan yang berulang-ulang atau gagap.
  3. Tidak merasai kesakitan dan tidak mengendahkan bahaya.
  4. Tidak pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. 
  5. Suka melakukan perkara yang merbahaya dan luarbiasa.
  6. Tiada perhubungan mata semasa berinteraksi dan kadangkala tidak mengendahkan sesiapa yang bercakap dengannya (seolah-olah pekak). 
  7. Fizikal yang sukar dikawal 
  8. Sukar menerima pelajaran. 
  9. Suka mencederakan diri sendiri 
  10. Gemar menghisap jari dan menggigit  kuku.
G
Sindrom Down
  1. Tubuh yang pendek.
  2. Kepala bersaiz kecil.
  3. Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
  4. Lidah terjelir  . 
  5. Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua  kaki. 
  6. Pertumbuhan yang lambat 
  7.  Kecacatan mental yang ringan atau  sederhana
4.      
5.    Hiperaktif
1.            1. Mereka lebih agresif dan gemar melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan.
  1. Bertindak lebih agresif terhadap rangsangan seperti cahaya,bunyi dan warna.
  2. Mempunyai waktu tidur yang tidak teratur.  
  3. Suka menangis atau ketawa tanpa sebab.
     5.    Tidak dapat memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
     6.    Dapat bertindak secara mengejut tanpa dijangka.
     7.    Mudah meradang atau mengamuk.
     8.   Tidak dapat menyesuaikan diri atau berinteraksi dengan orang lain atau rakan sebaya dengan baik.

     
ADHD
1.            1.  Kurang tumpuan
  1. Cepat lupa
  2. Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.
  3. Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.
  4. Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas .

Cara Mengenalpasti Murid Pendidikan Khas  Bermasalah Pembelajaran .

1)      Pencalonan daripada guru kelas / guru mata pelajaran / ibu bapa.
2)      Ujian saringan
3)      Pengesahan doktor
4)      Ujian diagnostik
5)      Pengesahan penempatan

Masalah  dan cara mengatasi
Kategori
masalah
Cara mengatasi

Slow learner


1)Cepat Lupa




2) Tidak mengenal suku kata kv

3) Tidak boleh menyelesaikan   
     operasi tambah melibatkan
     2 digit dengan 2 digit  
     dengan  mengumpul semula

-Latih tubi hafalan dan ingatan  dengan     
  menggunakan     
  pendekatan  individu/kumpulan
-Teknik,Strategi dan BBM yang berbeza-beza.

- Latih tubi menyebut suku kata kv
 
- Latih tubi secara konsisten

Autisme

1)Tiada kontak mata dan   
    sentiasa  mengelak daripada
    memandang muka  orang lain.
2)Suka Bersendirian


3)Gemar menghisap jari.


- Mengajar secara bersemuka. ( Face to Face)


-Galakkan murid melibatkan diri dengan aktiviti
  kumpulan.

-Latih tubi memegang pensel dan melakukan aktiviti    yang digemari.

Down Sindrom
1)Mengganggu rakan




2)Tiada tumpuan


3)Malas belajar
a)Menempatkan murid di barisan hadapan,
    berhampiran dengan guru.
b) Memberi nasihat tentang kebaikan dan   
    keburukan sesuatu tindakan yang  dilakukan.
 -Rangsangkan aktiviti yang menarik seperti video
  nyanyian lagu kanak-kanak.
               
-Berikan aktiviti yang mampu merangsang minat  
  murid seperti belajar muzik.

Hiperaktif


1)Tiada tumpuan kepada P&P.



2)Suka marah tanpa sebab.
               

3)Suka merayau-rayau.




-Rancangkan P&P yang boleh menarik minat murid   contohnya menggunakan BBM yang dikenalpasti
   menjadi kesukaan murid.

- Wujudkan suasana kasih sayang melalui aktiviti 
   P&P contohnya lakonan dan nyanyian.
 - Memberikan aktiviti yang menimbulkan minat  
    seperti aktiviti mencantumkan  gambar atau 
    perkataan.  (word puzzle)
ADHD

1)Selalu tidak mematuhi  arahan
    dan gagal menyiapkan kerja
    tugasan yang diberi

2)Tumpuan singkat.


3)Cepat lupa

- Memberi ganjaran  dan dendaan



- Melaksanakan aktiviti P&P secara bersemuka
  ( Face  to face)

- Latih tubi melibatkan aktiviti  seperti tekaan.

Pendekatan, teknik dan  kaedah P&P kepada murid bermasalah pembelajaran

Masalah
Pendekatan
Teknik
Kaedah
Lambat belajar (Slow Learner)
Individu
               
Latih tubi
               
Nyanyian / Bercerita

Autisme
               
Individu
               
Terapi Pertuturan
                 
Bercerita mengikut fantasi

Down Sindrom
Individu
               
Bersoal Jawab
                 
Nyanyian

Hiperaktif
               
Individu
               
Penyelesaian masalah
               
Bermain

Tumpuan /perhatian singkat (ADHD)
Berpusat
               

Arahan Berpandu
               
Menggunakan ICT

No comments:

Post a Comment