PPG , UPSI

NOR AZIZAH BINTI ABD.HAMID ( PPG.PJJ . UPSI )
D20102042367
EL-B14
PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BINTI SHARIFF

Friday 2 December 2011

MASALAH PENDENGARAN


MASALAH PENDENGARAN .

PENGENALAN
                Pertumbuhan dan perkembangan yang tidak senormal kanak-kanak biasa kerana kecacatan yang dialami. Ketidakupayaan berbahasa merupakan antara faktor penyebab yang mana ini memberi kesan kepada konsep kendiri, daya ingatan dan keupayaan memahami sesuatu.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
  Kurang memberi perhatian dalam bilik darjah.
  Tidak memahami arahan.
  Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan.
  Seringkali bertanyakan rakan-rakan mengenai arahan, tugasan yang diberi.
  Selalu berkhayal.
  Lemah dalam pencapaian akademik (Bahasa)
  Cara percakapan yang janggal
  Muka sering memandang ke arah penutur.

DEFINISI
Pekak (deaf)
Kanak-kanak dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar.
(Paul & Quigley, 1990. William L. Heward, 1996)
MENGESAN KECACATAN
SECARA SUBJEKTIF
SECARA OBJEKTIF
1.Saringan Pendengaran
a)      Ujian rambang :
          mengetahui keupayaan    
          pendengaran dengan peralatan
          audiologi.

1.Ujian Tingkahlaku
    a)Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi
2.Ujian pertuturan
    a)Keupayaan memahami apa yang ditutur dan
       menunjukkan tindak balas
3.Pemerhatian
    a)< memberi pemerhatian – tahap kepekakan.
    b)Tidak memahami arahan.
    c)< melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan
        pertuturan.
    d)Seringkali bertanya pada rakan-rakan
   e)Selalu berkhayal.
   f)Lemah dalam akademik (Bahasa)
   g)Cara percakapan yang janggal.
   h)Sering memandang ke arah penutur
PROSEDUR PENILAIAN
  1. Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latar belakang klien
  2. Menjalankan pemeriksaan telinga luar
  3. Menjalankan ujian telinga tengah
  4. Menjalankan ujian-ujian pendengaran
  5. Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran

Cara  Memanggil Orang Pekak
Orang Pekak mempunyai nama
  1. Nama mereka berbentuk isyarat
              1.1Nama isyarat bergantung kepada
a.       Sifat
b.      Nama
c.       Gabungan sifat dan nama
2.       Memanggil nama seorang itu ikut tahap pendengarannya
3.       Orang Pekak biasa mencuit untuk memanggil atau menarik tumpuan individu.

ELAKKAN !!!
  1. Memanggil dengan nama orang pekak cara yang negatif
  2. Tepuk tangan
  3. Hentak kaki
  4. Baling objek

TINGKAHLAKU
Pengurusan tingkah laku adalah satu aspek  penting
  1.   Menangani masalah tingkah laku murid
  2.   Kesan ke atas pengajaran dan   pembelajaran
3.       Kesan ke atas emosi guru.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU NEGATIF
  1. Penumpuan perhatian yang singkat.
  2.  Memencilkan atau menarik diri dari aktiviti kelas.
  3.  Terlampau bergantung kepada seseorang.
  4.  Tidak mesra dengan guru.
  5.  Gopoh atau tidak sabar.
  6.  Motivasi kendiri yang rendah.
  7.  Agresif, melanggar perintah dan sentiasa  mempunyai perasaan yang negatif.    
  1.  Memberikan jawapan sesuka hati.
  2.  Kurang kemahiran mengawal emosi.
  3.  Kelakuan hyperaktif / resah.
  4.  Kurang kepercayaan terhadap kebolehan  kendiri.

MASALAH DAN CARA MENGATASI
  1. Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur.
                Mereka patut diajar cara-cara:
                                -  Menyampaikan buah fikiran
                                -  Menyatakan keperluan
                                -  Melepaskan perasaan
  1. Kanak-kanak yang hanya dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat.
                Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi
               dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat.

  1. Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik.
                Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan.

  1. Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama.
                Cari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk
               mendengar.

  Guru boleh:
  bercakap
  guna tangan
  mimik muka
  gerak badan
  menulis
  latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka
  Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang guru sedang bercakap dengannya.
  Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan.
  Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas terutama bibir.
     
Oleh itu jangan:
  •                 Menutup mulut semasa bercakap
  •                 Berpaling muka sebelum habis bercakap
  •                 Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau / putih


  Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya.
  Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak.
  Selepas guru bercakap,  beri peluang kanak-kanak berfikir dahulu kemudian guru menyambung bercakap.

PENDAFTARAN
Biodata, maklumat dan tahap kecacatan kanak-kanak didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Khas)

PENEMPATAN
Unit Pendidikan Khas (Jabatan Pendidikan Negeri) akan menempatkan kanak-kanak ini di sekolah biasa, kelas percantuman (integrasi) atau di sekolah-sekolah khas bermasalah pendengaran

SENARAI KEMAHIRAN P&P
Murid pendidikan khas masalah pendengaran mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK).  Murid Tahun Pengukuhan mengikuti KSSR yang digubal khusus sebagai persediaan ke Tahun 1.  bermula Tahun 1, murid mengikuti KSSR dengan pengubahsuaian bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2011 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Pendidikan Khas Tahap Satu Mulai 2011
KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jlld.4(8) bertarikh 5 Mei 2011

No comments:

Post a Comment